Jenama automotif nasional Proton mengakhiri 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut yang melonjakkan jualan keseluruhan kepada jumlah tertinggi sejak 2013.
Syarikat itu menutup bukunya dengan 141,432 unit terjual, merangkumi domestik dan eksport, selepas mencatatkan 14,750 unit dalam bulan Disember, jualan bulanan yang keempat terbaik untuk tahun tersebut.